Thursday, 5 May 2011

Ihya Ulumuddin Kitab Paling Ditakuti Wahabi (I)

Baru membaca jilid I kitab ihya (ada 4 jilid) saja sudah terbongkar kesesatan-kesesatan ulama-ulama suu’ yang menjadi antek-antek penguasa (pada zaman beliau dan zaman sekarang seperti ulama2 wahabi) dan faham sesat seperti wahabi…..
-dari masalah aqidah (dengan dalil aqli dan naqli, hadits2 shahih dan riwayat shahih menjelaskan aqidah Ahlusunnah “Allah ada tanpa tempat dan arah”)
- pengertian bid’ah (lihat pengertian bid’ah yang sangat sesuai dgn ahlusunnah, di sifat-sifat ulama ahirat), – etika seorang ulam (Imam ghazali menjelaskan etika ulama yang tidak menjadi hamba/selalu menshohihkan kelakuan raja walaupun jelas2 kelakuan raja tsb bertentangan dgn sunnah, lihat syaikh2/mufti2 saudi yang menjadi anjing2 raja-raja badwi, lihat fatwa2 mereka yang mengkafirkan muslimin palestine, menyokong saudi sebagai pangkalan musuh islam Amerika)
- Adab sehari-hari dan do’a masnunnah (sangat detail menyebutkan adab-adab dan doa-doa, pantas saja wahabi yang kencingnya selalu berdiri “Benci sangat” dengan kitab ini).
- Fadhilah-fadhilah dari amal-amal yang wajib sampai amal-amal yang sering dianggap kecil, remeh dan terlupakan  oleh muslimin (Ingat Kaidah Ahlusunnah dalam masalah “Fadhilah dan Adab” hadits yang tidak seberapa Dhoif masih bisa dipakai asal didukung dan tidak bertentangan dengan hadits yang lebih Saohih!!)….
Saya sarankan kitab yang sedemikian banyak rahasia-rahasia ilmu dan amal ini dibaca oleh muslimin sekalian agar tidak tersesat oleh aqidah-aqidah diluar ahlusunnah waljamaah (wahabi, JIL, ahmadiyah, dsb)
Bagi yang belum pernah membaca, jangan dulu berkomentar “ingat setiap kata-kata kalian akan dipertanggung jawabkan!!!”
_________________________________________
Hari ini, makin ramai nampaknya golongan yang ingin berlagak pandai. Lagaknya seperti lebih pandai dan bestari dari para ulama terdahulu yang memang sah lebih alim, warak dan kukuh imannya dari mereka semua. Hari ini, wujud generasi yang hanya sekadar graduate dari Al-Azhar, UIA, dan sebagainya yang tak habis-habis mempersoalkan isu-isu yang tidak membawa kemajuan kepada ummah seperti mempertikaikan kewajiban bermazhab, mengkritik umat Islam yang bertaklid, membida’ahkan sana-sini, memperdebatkan perkara fiqh yang furu’ dan sebagainya.
Saudara saudari seIslamku! Itu semua tidak membawa faedah yang besar kepada ummah. Ia hanya membawa kepada perpecahan. Salah satu isu yang tak relevan untuk diketengahkan ialah berkenaan kitab Ihya ‘Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali.

Antara cebisan manuskrip asli Kitab Ihya ‘Ulumuddin. Ihsan dari al-Ghazali’s Website.
Pernah saya mendengar kritik dan ‘suara-suara’ yang bencikan kitab tersebut. Pernah saya mendengar ada golongan yang ingin menghumban kitab tersebut jauh-jauh. Ada orang tak mahu sentuh langsung kitab itu. Ada dakwaan mengatakan kitab Ihya mengandungi banyak hadith-hadith daif dan maudhuk. Maka kitab tersebut adalah sangat berbahaya!!! Saya adalah dari kalangan yang amat menitikberatkan kedudukan sesuatu hadith. Memandang sepintas lalu pada dakwaan tersebut, maka saya pun nampaknya perlu menjauhi kitab tersebut. Tapi perlukah saya?
Pernahkah kalian terfikir mengapa kitab Ihya ini tetap bertahan walaupun ia dikatakan ada mengandungi hadith-hadith maudhuk (iaitu hadith palsu)?
Untuk menjawab soalan ini, saya akan menterjemahkan artikel yang dijawab oleh Sheikh Amjad Rasheed. Jawapan beliau adalah dalam bentuk audio yang kemudian ditranskripkan oleh Saudari Huma Shah yang merupakan salah seorang staf diSunniPath. Transkrip tersebut yang berbahasa Arab kemudiannya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris oleh Sheikh Faraz Rabbani yang merupakan seorang tenaga pengajar di SunniPath. Saya berharap terjemahan saya dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia tidak akan lari jauh dari isi artikel yang sebenar.
Sebelum membaca terjemahan yang akan siap tidak lama lagi itu (InsyaAllah) ingin saya nasihatkan kepada sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak dengan kitab Ihya ‘Ulumuddin itu supaya meneruskan usaha anda itu. Jangan termakan hasutan puak-puak yang membenci ilmu tasawwuf dan kitab Ihya tersebut. Kepada yang sudah berjinak pula, teruskan pembacaan anda. Kepada yang sudah khatam berjinak, pasti kalian dapat melihat betapa unggulnya kitab masterpiece Imam Al-Ghazali tersebut.
Jangan takut untuk membacanya. Keempat-empat mazhab yang ada mengiktiraf kitab tersebut. Mustahil para ulama terbilang dari keempat-empat mazhab itu terlepas pandang bahaya (iaitu bahaya ancaman api neraka) akibat membaca kitab tersebut.
After all, Ihya deals with your heart. Diseased heart will face great troubles in the Day of Judgement and Ihya tries to prevent it.
——————-

Hadis dalam Ihya Ulumiddin?.

salam ustaz. apa pndgn ustaz tentang hadis-hadis maudhuk dlm kitab ihya imam ghazali?
mengapa ihya masih popular dan relevan hinga kini wlupun trdpt hadis2 dlmnya yg maudhu?. mngapakh ahli tasawuf hanya bramal dgn hadis muduk?.
ust ada mngajar atu belajar tk ilmu hadis masa dipondok. maaf ust brtnya hal pribdi sikit. syukran jazakumullah
Jawapan al Ustaz: 
kenapa masih relevan walaupun ada hadis2nya yg maudhu..?.. jwp : cara susunan karangan ihya sahaja sudah cukup menjadi jwapan.
mula2.. imam ghazali akan memulakan dgn ayat2 quran sebagai asas Tajuk-tajuk perbincangan” yg dibincangkan. kmudian diiringi hadis2 sahih yg mutawatir, jika ada. kmudian hadis sahih yg ahad, kmudian yg hasan jika ada, kmudian dhaif jika ada, kmudian yg ikhtilaf kdhaifannya- jika ada, kmudian yg ikhtilaf maudhu’nya -jika ada, kmudian yg semata2 maudhu,.. ttpi maknanya sahih sbb sama mknanya dgn dalil2 yg trdahulu samada sama mkna quran atau hadis2 sahih atau hadis2 hasan atau atshar yg sahih atau dhaif. sbb hadis dhaif apabila banyak turuqnya yang brtlain2 ttpi sama kndungn mknanya maka trnaik kpd hasan ligairihi, begitu juga hadis2 maudhuk apabila ada turuq yg selainnya yg skalipun dhaif maka trnaik kpd martabat hadis munkar ” wal munkar min qibalil dhoif”- munkar itu dari pihak dhaif. maka dhoif dan maudhu’ adalh dua perkara yg brlainan. ibarat langit dgn bumi jauhnya.. bhkn jauh lagi.
ringkasnya, setiap tajuk yg imm ghazali bincangkn dan bahaskn dlm ihya adalah sahih maknanya dan benar sbb merupakan isi kandungan quran atau hadis2 sahih itu sendiri , sementalahan imam ghazal pula merupakan imam mujtahid yg BERKELAYAKAN MENGALI MAKNA2 QURAN, sekalipun beliau sebut atau dibawakan juga hadis2 yg trjadi pertikian atau ittifaq kedhaifan atau maudhu’nya.
ana nak tanya antum .. mana dapat, semua hadis2 dlm ihya adalah dhaif atau maudhu’ dan ahli tasawuf hanya bramal dgn hadis maudhu’ dhaif?. kalau dlm ittihaf syarah ihya.. biasanya Al- zabidi seboleh2nya akan mengihtimal hadis2 disitu kearah yg masih boleh diprtimbangkan. tkde pula trus kata apa yg imam ghazali sebut dlm ihya tu batal atau ajaran sesat sbb hadis maudhu’. .. apa sbbnya ?. nmpk ke tak masih kelabu?. zabidi, s. fattah abu ghuddah, dan allaknawi dan banyak lagi pakar ilmu hadis semunya mngatakan “hadis2 maudhu dalam ihya adalah dalam jumlah yang sedikit sahaja” mana datangnya pula “banyak maudhu’ tu”..
atau ke anta mengikut mazhab orang yg kata ” hadis dhaif dan maudhu, – duanya sama saja takde beza”.
http://pondoktampin.blogspot.com/
———————-
Berikut adalah 2 lagi manuskrip asal kitab Ihya. Sila klik untuk melihat dalam resolusi yang lebih besar.
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

1 comment:

  1. haha.. kitab Ihya Ulumuddin tu banyak hadis palsu dan hadis tiada asal. hampir seribu hadis tiada asal. Imam ibnu hajar menapis hadis dalam kitab tu. puak-puak habib suka sangat la kitab tu sebab Imam Ghazali orang sufi. Imam Malik menempelak, Imam Syafie pun sama..

    ReplyDelete